Bakayamero - Jangan jadi bodoh!
Aku mula artikel ini dengan bab bida'ah, maksiat dan khurafat.
Aku pun tak berapa nak faham bab bida'ah. Tapi setakat yang aku faham, Nabi bersabda bahawa setiap amalan yang diada-adakan itu bida'ah. Setiap bida'ah itu sesat. Setiap yang sesat itu api nerakalah tempatnya.
Tapi untuk mendefinisi secara tepat amalan bida'ah yang membawa ke neraka, adalah tidak begitu jelas dan hari ini antara kita ada yang masih keliru. Ada yang kata tahlil, wirid, talqin, sambut maulidurrasul, israk mikraj dan sebagainya, itu semua bida'ah. Sesat.
Kadang-kadang kita pun heran dengan sikap sesetengah puak yang kononnya berlagak alim. Perkara-perkara yang disebut di atas tu masih ada yang mempertahan bahawa itu bukan bida'ah. Yang tak nak buat, dicanangnya bida'ah, kononnya Nabi tak pernah buat. Sengaja ulama-ulamak ada -adakan.
Macamana pula dengan konsert-konsert hiburan? Kenapa tidak dicanang sebagai bidaah? Mana ada nabi anjurkan konsert? Mana ada ulamak yang mengada-adakan konsert? Tapi kenapa bising yang majlis berzikir, bertahlil mengingati Allah itu dikatakan bida'ah?
Pandangan aku dalam blog ini, konsert hiburan, pesta sambutan tahun baru, ambang merdeka dan adik beradiknya adalah bida'ah dan maksiat yang wajib kita lawan. Bertafakur di depan batu patung pahlawan tugu negara itu syirik dan khurafat yang wajib kita musnahkan.
Bebaskan diri kita dari belengu bida'ah sesat, maksiat dan perkara khurafat. Jauhi dosa kecil dan besar. Agar kita selamat dunia akhirat.
Jangan jadi bodoh dengan beramal dengan amalan bida'ah, maksiat dan khurafat. Baka yamero!
